Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya mejadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan Tahun 2010.Siapa yang menang dalam masalah ini aku kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang aku rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.
Pelik kan? Secara rasionalnya sudah tiada lagikah hakim yg beragama Islam yang aku kira lebih relevan utk mendengar & memutuskan perkara ini. Butakah pihak yg sepatutnya bertanggungjawab utk melihat betapa BESARnya impak & implikasi kes ini kepada umat Islam di negara yg kononnya sebuah negara Islam. Padahal jawatan tertinggi dlm sistem perundangan di Malaysia dipegang oleh seorang Islam. Ke mana hilangnya sensitiviti dia sbg seorang Islam apabila isu sebegini dipersoalkan?? Siapa sebenarnya yg bersalah dalam kekecohan ini??
Keputusan terbaru ini sangat mengejutkan seluruh umat Islam di Malaysia,hal sebegini sudah pasti semakin melunturkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara. Kesan yang besar akan berlaku dalam sistem beragama di negara kita hasil dari keputusan tersebut di mana masyarakat beranggapan pada satu masa nanti di mana semua agama akan dikatakan sama sahaja (1 Malaysia la katakan). Namun hal ini dilihat sbg 1 strategi & percubaan pihak Kristian utk mengelirukan & menyebarkan ajarannya kpd umat Islam. Semacam ada pengaruh pihak tertentu dan pihak luar yang cuba memporak perandakan sistem beragama di Malaysia yang sekian lama diguna pakai.
Mungkin pergolakan di Thailand di mana org yg beragama Islam ditindas & dibunuh kejam serta kencaman / sekatan pemerintah Singapore terhadap umat Islam di sana masih belum mampu membuka mata & memberi pengajaran kepada pemimpin & pihak yg bertanggungjwab dlm menguruskan kes ini.Butakah hati pihak berkenaan? Ke mana hilangnya semangat memperjuangkan Islam yg diwar-warkan sebelum ini??? Bukalah mata & bersihkan hati.. Renung2kan lah.. Masih belum terlewat utk memperbetulkan kesilapan sebelum murka Allah diturunkan kepada kita semua.
Terlalu banyak toleransi & keistimewaan telah diberikan kepada pihak bukan beragama Islam di negara kita, kenapa masih cuba utk mencabar dan mengganggu gugat kesabaran kami semua??? Sedarlah & bersyukurlah...!!!
Sumber : berita-harian-online
Life is not a destination..it'a journey for u to reach ur last home to stay in 4eva...Life is about to choose whether u made the right or wrong decision..
Selasa, 5 Januari 2010
Kalimah 'Allah' dipersenda!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan