Aku rasa ramai yang dh tahu pasal tarikh keramat ni kan? Tarikh yg aku pikir akan jadi salah satu tarikh bersejarah dalam hidup aku. Tp benar kata orang, kita hanya mampu merancang...Allah jualah yang menentukan pengakhiran episod tu either good or bad. Kita bukan sesiapa untuk melawan kehendak takdir... Apa yang termampu, kita terima seadanya apa jua kemungkinan yang bakal menimpa.
Klu tgk pada perjalanan kisah aku, at da earlier stage everything going smooth as planned, tp Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui, aku diuji dgn ujian terbesar dlm sejarah hidup aku selama 25 tahun 4 bulan aku bernafas di bumi Allah. Seminggu sebelum tarikh yg aku pilih utk majlis persandingan aku, Allah terlebih dahulu menjemput ayahanda tersayang kembali kepangkuan-Nya. Innalillah...
SUNGGUH...!! Semua yang berlaku tak pernah terlintas di minda aku sebelum ni. Aku percaya, ada sebabnya kenapa Allah uji aku dan keluarga sebegini, mungkin kerana kesilapan kami yang pernah kami lakukan tanpa sedar (who knows) atau mungkin sbg peringatan kerana kelalaian kami dlm mengingati-Nya sebelum ni (Alhamdulillah...) atau mungkin kerana Dia tahu kami mampu untuk mendepani ujian sebesar ini. Only God Knows Why... Apapun alasan-Nya kami redha kerana sesungguhnya hanya pada Dialah tempat kami memohon perlindungan dan pertolongan!
Sebak rasanya bile ramai yg bertanya majlis ditunda ke tarikh mana? Bukan itu yang ada di minda aku sekarang. Bukan itu yang menjadi tanda tanya dlm hati aku skrg, tp bagaimana aku nk menghadapi suasana di majlis itu dengan ketiadaan ayah?! Xpernah terlintas di fikiran yang aku adalah anak yatim pada malam akad nikah nnt... Subhanallah... Bukan merintih atau menyesali takdir, tp aku xboleh imagine tentang itu... Aku tak kuat utk hadapi saat itu. Demi Tuhan, aku pernah bersembang ngan arwah sblm dia jatuh sakit. Aku nk ayah yang akadkan bakal suami aku malam bersejarah tu nnt! Aku nak ayah jugak!! Hanya ayah..!! Tp sekarang ayah telah pergi tinggalkan aku dan keluarga tanpa sempat melihat anak sulongnya berkahwin. "Ya Allah...Bantulah hambaMu ini utk bangkit mencari semangat baru..."
Pada 14.3.2010 genapla seminggu ayah pergi menemui kekasihnya. Pada malam 14.3.2010, kamu adakan majlis tahlil buat arwah, semoga rohnya tenang dan aman di sana. Mlm tu aku lgsg xboleh nk bertenang, air mata melaut rasanya aku curahkan malam tu... Bukan sedih sbb majlis aku xjadi tp aku ralat kerana mengenangkan hajat aku yg xkesampaian dan tak akan tercapai sampai bila2... Arwah telah pergi untuk selamanya... "Maafkan k.long yah... Malam tu hanya majlis tahlil yang mampu k.long hadiahkan buat ayah... Doakan semoga k.long, umi dan adik2 lebih tabah menempuhi pancaroba dunia tanpa ayah di sisi..."
P/s : Jutaan dan ribuan ucapan terima kasih yg tak terhingga buat Wan Rohani Wan Jafri yg sanggup bersusah senang dengan aku kala aku betul2 memerlukan kawan di sisi. Tiada harta dunia yg dapat diberikan penghargaan atas segala jasa baik kak. Semoga Allah memberkati hidup kamu. Amin..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan