Khamis, 26 Ogos 2010

Can't wait...!!

Arini cam bz sgt, try to settle down my cases that will due before 1 September. Waahh... penatnyer otak aku bekerja keras arini! Tp skunk @ 4.49 pm aku dh leh lepak sbb sumer kes dh berjaya aku setelkan. Alhamdulillah... So next 5 days leh la aku bercuti ngan aman harmoni tanpa perlu memikio kan kes2 kt opis ni. Fuuuuhhhh.....

FYI guys, sepanjang 15 ari berpuasa ni, baru sehari aku berpuasa bersama suami tersayang. Sob...sob...sob... Yang lagi seday lum sempat lg utk menyambut puasa ngan umi & adik2 kat kampung :( Seday sangat2... Dahla puasa pertama lepas pemergian arwah ayah. Rasa lain sgt2! TAPI xpe... sumer ni akan terubat xlama lg... :) Esok aku, hubby & osmate akan gerak balik ke kampung, Insya Allah petang esok dh leh berbuka ramai2 ngan family kat kampung. Doakan aku selamat sampai ye :)

Umi, adik & mak ayah mertuaku sayang... Nantikan kepulangan anak mu ye... Banyak menu2 dalam kepala yg aku nk suh umi aku masak nnt... Hehehehehe.... Kla guys, aku nk balik dulu ye, hubby aku dh ondw tu, mlm ni kitorang berbuka bersama2 :)) Can't wait! Daaa....

Rabu, 25 Ogos 2010

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari | iLuvislam + discover the beauty of islam

"Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye..kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.."


Demi utk saling ingat mengingati, aku juga cuba mengambil ikhtibar dari teguran serta kesilapan yg pernah & telah aku buat! Berusaha untuk menjadi yg lebih baik di dunia & akhirat... Buat penulis blog jutaan terima kasih atas peringatan itu. :) Moga anda diberkati.


Rabu, 18 Ogos 2010

Islam Agamaku...Ka'abah Kiblatku~~

At this moment, nama "SALLEH GREGOR SAMSA" ni telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan Entry-nya yg kurang ajar di laman social FB. Aku menulis bukan untuk mengutuk si polan ini kerana pada aku rasa simpati itu lebih menebal pd empunya jasad. Nape?? Sbb aku simpati atas kejahilan dia, sian dia...!! Aku sekadar ingin berkongsi rasa sebagai umat Islam yg betul2 rs terhina & marah dgn 'keberanian' mamat ni mengutarakan pendapat atheist @ freethinker nya tanpa sekelumit pun rasa bersalah!!




Malaysia is Islamic country & democratic. I know dat! But has to be reminded dat, democratic doesn't meant dat u can do anything u wanted to do. Dilahirkan dengan nikmat Islam tp xtahu bersyukur (klu dia ni benar2 Islam la...). Harus diingat masih ramai lagi manusia di luar sana yg terkapai2 mencari arah tuju hidup, mencari sinar Islam, mencari redha & hidayah Allah namun xkesampaian. Pelik kan? Ke mana hilangnya nur iman dlm jiwa dia hingga sanggup menafikan kewujudan & hukum2 Allah?? Na'uzubillah... Biarla... Aku xpedulik ape dia nk buat dgn kehidupan dia seterusnya! Cuma aku ralat, kenapa insan yg dilahirkan dlm keturunan Melayu dan beragama Islam memperlekehkan asal keturunannya sendiri. Sian si apolan itu...

Aku xlayak utk memperkatakan apa2 tentang entry serta komen2 dr si polan. Hal sebesar ini, biarlah kita serahkan pada pihak berwajib untuk tindakan seterusnya. Aku juga mahu lihat apakah tindakan yg mampu diambil oleh pihak berwajib ke atas insan yg telah rosak akidahnya. Apakah hukuman setimpal kpd si polan yg sewenangnya menghina agama yg kucintai. Sesungguhnya hukum Allah jualah yg adil lg saksama!

Akhir kata, aku hanya memohon semoga aku tidak tergolong di kalangan mereka yg sesat! "Ya Allah lindungi aku, keluargaku, keturunanku, sahabat2 ku serta umat Islam seluruhnya dari bencana kerosakan akidah! Ya Allah... Peliharailah kami dari godaan syaitan & iblis yg xpernah puas mencuba utk menyesatkan umat manusia sekaliannya. Jauhkanla kami dari bisikan syaitan yg direjam! Lindungilah kami dari fitnah dunia! Tetapkanlah hati kami dlm cahaya agama Mu, jangan Kau hilangkan nikmat iman dlm jiwa kami Ya Allah, kasihilah kami & tempatkan kami di kalangan hamba2 Mu yg bertaqwa! Ya Allah... Andai pintu taubat masih terbuka utk si polan, ko ampunilah dia, kurniakanla dia taufik dan hidayah-Mu... Amin Amin Ya Rabbal A'lamin..."

Sempena ari baik bulan baik ni, aku sekadar mampu mendoakan yg terbaik utk si dia & seluruh saundara2 seIslam... Semoga Allah memakbulkannya! Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...

Setelah 8 hari berlalu~~


Mmmm.... Pejam celik pejam celik dah masuk hari kelapan aku berpuasa. Alhamdulillah... Semua berjalan lancar lg sampai arini... :)) Rasa nikmat sangat puasa tahun ni. Syukur pada Allah s.w.t. Namun kerinduan utk berbuka bersama ayahanda masih lg terasa! Masih lg terbayang2 saat kami berpuasa bersama2 tahun lepas. Subhanallah... Sesungguh kerinduan ini bukanla apa sgt utk dibandingkan dgn kerinduan umi pada kekasih atinya! :( Semoga umi tabah menghadapi ujian ini. Amin!


Sempena bulan yg penuh barakah ni, aku perlu rebut peluang utk mendoakan kebaikan & kesejahteraan ayahanda di alam sana. :) Semoga doa & amalan yg aku niatkan buat ayahanda diterima Ilahi. Amin! Aku teringat pd 1 hadith nabi s.a.w. "Sesungguhnya putusla amalan seseorang itu setelah tiba ajalnya melainkan 3 perkara iaitu amal jariah, anak yang soleh & ilmu yg diamalkan." Jadi aku ingin berbakti pada ayahanda melalui cara kedua... :) Semoga diperkenankan.

Hari kelapan puasa... Aku masih belum dapat berbuka bersama umi & adik2! :( Masih kat Penang, berbuka bersama osmate jew. Tp Alhamdulillah, suami aku juga berada di Penang sedang menjalani kursus induksi kat Jawi, even xleh jumpe (coz dia kena stay kt hostel & jarak yg agak jauh) at least aku tahu dia ade kat sni, aura tu ade! hehehe... Insya Allah klu xde aral, cuti Nuzul Al-Quran ni aku balik kampung bersama suami tersayang :)