Jumaat, 19 Mac 2010

Unna’s Story for 2010…

Inilah gambar ayahanda tersayang buat tatapan semua....

Almost 4 weeks I left my blog here without any updated news. Keinginan nk berkongsi cerita ngan korang ade but time is running out too fast for me rite now. Dun noe which part shud I start first. Soooooo much story to tell, soooooooo much fillin to share with. Let it begins dis way….~~~

This year “2010” equals to 1431 H, a lot of big things happened to me, time keeps running…da stories keep growing and I still here keep moving on no matter what happened. Most of the things happened beyond my expectations…far away from wat I’ve been dreaming for… But I still believed, everything happens for a reason coz ‘God’s Secrets’ are beyond human thoughts… Juga di luar batas pemikiran serta x terjangkau dek ilmu pengetahuan kita. Sehebat mana pun kita di muka bumi ini hakikatnya kita adalah selemah2 hamba di mata-Nya. Di sini aku ingin kongsikan terjemahan ayat di dlm tafsir Al-Quran yg aku baca mlm td yang aku rasakan mampu membuat jiwa aku lbh tenang (for dis moment)….

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Surah Alam Nasyrah [ayat 5-6].

Aku percaya pada janji Allah, setiap kesusahan pasti ade hikmah yg tersembunyi di sebaliknya kerana Dia Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Ketentuan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya!

That seems like aku dh banyak melencong ni, main point aku sebenarnya nk cerita kisah yang telah berlaku sepanjang aku menyepikan diri almost 1 month (plus minus). Refers to my previous post, aku ader mention bout my beloved father getting ill and warded in HRPZ II rite? But banyak progress kesihatan dia yg aku xsempat nk share ngan korang coz aku sndr xsanggup nk tulis and to express his conditions dat moment. Ati aku pedih tiap kali terpikirkan ayah tersayang terlantar sakit kat hosp. Aku menulis bukan utk meraih simpati tp sekadar utk berkongsi rasa dan melepaskan sesak dlm dada. Andai kata jasad boleh ditukarganti, aku sanggup tanggung semua kesakitan itu, aku sanggup gantikan tempat ayah aku. Tp janji Allah itu pasti…

“Sesungguhnya apabila Allah menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : JADILAH! Maka terjadilah ia. Maha Suci (Allah) yg ditangan_Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” Surah Yasin [ayat 82-83].

Jadi sbg seorang muslim, aku terima semua ujian Allah ni sbg tanda kasih dan sayang Dia kepada kami sekeluarga. Utk post kali ni, aku xnak kenang kembali saat2 aku jaga dan lihat ayahanda tersayang terlantar dlm keadaan tenat menanggung kesakitan tu lg. Cukupla dengan ape yang aku dh rasa sblm ni coz everytime when I flashback to that moment I can’t stop crying (im crying now…still…) Ape yang aku mampu buat saat tu?? Sekadar melihat tubuh ayah kian susut dan wire berselirat di merata badan. Allahu Akbar…!!

Tanggal 8 Mac 2010, jam 00.20, hari Isnin bersamaan dengan 22 Rabiulawal 1431 H, ayah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir di samping isteri, anak2 dan saudara mara terdekat di HRPZ II di dalam ward HDW (Teratai) bed 16. Ayah aku pergi menyahut seruan Ilahi pada usia 53 tahun 1 bulan (D.O.B 07-02-1957)… Innalillahiwa inna ilaihiraji’un…Al-Fatihah…. Demikian la berakhirnya kisah hidup seorang ayah yang paling aku kasihi. Namun aku yakin ketetapan Tuhan itu adalah yang terbaik. Sesungguhnya kami sekeluarga juga sudah tidak sanggup untuk melihat ayah terus menderita menangung sakit yang bukan kepalang. Tak tertanggung rasanya utk berhadapan dengan ujian segetir ini, tp kami harus menerima ujian Allah dengan hati yang redha.

Demi Allah…bukan itu pengakhiran cerita yang aku dan keluarga minta tp itulah suratan takdir yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Pengasih. Andai itu jalan terbaik buat ayah, kami redha…kami iringi doa semoga roh ayah aman dan tenang di sana. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan utk menggambarkan perasaan kala melihat tubuh kaku ayah terbaring ditutupi kain putih. Terasa dunia ni gelap gelita, tiada ruang utk aku menarik nafas kala itu, tidak terdaya rasanya utk berdiri lg, lemah seluruh sendi dan tulang temulang yang ada… Tp menangis meraung bukan jalan terbaik utk aku tunjukkan kasih sayang aku kepada ayahanda tersayang saat itu. Sesungguhnya aku masih punya tempat untuk mengadu, kepada-Nya jualah aku memohon pertolongan agar aku diberikan kekuatan kerana aku masih punya umi dan adik2 yg memerlukan sokongan dari aku. Hanya Al-Fatihah dan bacaan Yassin yang dapat aku sedekahkan buat ayahanda tercinta…

Masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan aku, tengok tubuh kaku ayah…hati aku merintih, aku tengok muka umi pun hati aku terhiris, last skali tgk adik2 aku plak…lagi la aku xboley tahan. Sesedih perasaan aku sbg anak yg kehilangan ayah, aku pasti umi lah orang yang paling sedih malam tu kerana kehilangan insan tersayang yg menjadi tempat utknya mengadu mslh dan bergantung hidup selama hampir 30 tahun. Begitu juga adik2 aku yg masih memerlukan kasih sayang dan didikan dari seorang ayah terutamanya adik bongsu aku yang baru berusia 10 tahun 4 bulan. Insya Allah, dengan izin dan pertolongan dariNya, aku akan laksanakan tanggungjawab aku sbg anak sulong…Aku pasti akan melakukan yg terbaik buat keluarga tersayang demi menyambung cita2 ayah. “Bantulah hambaMu ini Ya Rabbi…”

Masih belum puas untuk aku merasakan belaian kasih sayang seorang ayah, namun kasih Yang Maha Esa mengatasi kasih sayang kami semua buat arwah. Malam ni dh hampir 2 minggu arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, tp aku masih terbayang2 gurau senda arwah dan gelak tawa dia. Bukan tidak merelakan pemergian arwah tp everything happened sooo fast. Aku rasa susah sangat nk sesuaikan diri dgn keadaan sekarang. Aku masih xleh imagine biler aku balik kampung, dh xde wajah arwah tersenyum depan pintu tunggu aku bg salam dan kucup tangan dia dan cium pipi dia sblm masuk rumah. SUNGGUH…!! Tiap kali aku teringatkan kenangan2 bersama arwah air mata mesti laju je turun. Bukan bermaksud aku xrelakan pemergian arwah, tp kenangan tu kadang2 buat aku hilang arah…buat aku tercari2 dan berharap sumer ni hanyalah mimpi… Astagfirullah hal azim…

Ayah… K.long doakan semoga ayah ditempatkan di kalangan hamba2 Nya yang beriman dan soleh. “Ya Allah Engkau ampunilah dosa ayahku, Engkau terangilah dan lapangkanlah kuburnya Ya Allah…Engkau jauhkanlah dia dari azab kubur dan siksa neraka jahannam.”





5 ulasan:

Melor berkata...

beb,i agree wit u..setiap kali teringat mesti sedey..merindui dia sudah pasti kan? hanya Doa buat dia shj yg mampu mengubat rasa...
tabah lah sahabat.

Unna Adnan berkata...

Yup...dat's tru...sedih bukan bererti xmerelakan pemergian dia tp RINDU...

iranida berkata...

Al-fatihah utk arwah...
sebak hati aku...menitis laju airmata ini kala aku baca catatan mu unna.Fitrah manusia pasti meratapi kehilangan....apatah lg kehilangan insan yg paling byk berjasa di sepanjang usia kita...Xde siapapun yg mampu memadam kenangan kerana kenanganlah teman yg paling setia walaupun kekadang menghadirkan tangisan.Tabahkanlah hatimu sahabatku utk menerima kehilangan ini....Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Unna Adnan berkata...

Iye jie...aku harap itulah yang terbaik buat arwah..Yang hidup tetap kena teruskan,tp bila rasa rindu at least aku ada kenangan bersama ayahanda tersayang..

dinie_adinia berkata...

Setangkai doa dan Fatihah buat arwah..
Semoga rohnya sentisa dlm lindungan rahmat Illahi..
Utk unna,umi dan adik2...tabahkan hati..Sesungguhnya DIA adalah Perancang terbaik utk hamban-hambaNYA.Setiap ujian itu ada kebahagiaan di penghujungnya..Al-Fatihah..