Isnin, 6 September 2010

Ya Allah... Permudahkan Perjalanan Kami...

Assalamualaikum wbt....

Macam nk luruh jantung aku dgr perkhabaran dr kawan hubby aku td (ms tu aku ngah on call ngan hubby aku, tiba2 kawan dia datang membawa perkhabaran itu...)
Antara butir perbualan dia ngan hubby aku yg sempat aku dgr...

Jam 1645 (Isnin @ 27 Ramandhan)....

Si polan : Dy... Mung nk g dop tengok anok pengetua kat spital setiu??

Hubby : Bakpo weh?
Si polan : Anok pengetua accident kat Caltex Jalan Pantai...
Hubby : Yo ko? Beyeh2 aku ikut. Meta deh?
Si polan : Okey2...

********

Aku : Nape pa?
Hubby : Pa call jap lg ye b, pa nk g tgk anok pengetua accident.
Aku : Ok sayang, juz be careful!
Hubby : Bye, Assalamualaikum.
Aku : W'alaikumsalam....

So ondw hubby aku g hospital setiu tu, aku sempat sms ngan dia tny serba sedikit gambaran tragedi.
Menurut hubby aku, tragedi berlaku di Jalan Pantai, Setiu (lbh kurang 20-30 min shj lg dari rumah mangsa).
Kemalangan melibatkan kereta proton ALZA (dinaiki mangsa) dan sebuah kereta WIRA.
Berita yang paling merentap tangkai jantung aku bile hubby aku kate, husband @ menantu pengetua meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala sang isteri pula masih dalam wad kecemasan (belum diketahui nasibnya semasa aku menulis post ni). Semoga dia diberi kekuatan untuk berjuang antara hidup & mati.
FYI umur kedua2nya baru mencecah 25 tahun. Masya Allah... Sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Bahkan tidak akan lewat walaupun sesaat & xkan awal walau sesaat jua!

Mmmm... Seday sangat biler kemeriahan sambutan raya yang bakal menjelma lagi 2 3 hari terpaksa disambut dengan ratap tangis kehilangan insan2 tersayang.
Perkongsian cerita ini bukan untuk memburukkan sesiapa, tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri & juga sahabat2 yang akan pulang ke kampung.
Berada di atas jalan raya tidak salah andai aku ibaratkan seolah2 sedang berjuang mempertaruhkan nyawa di antara hidup & mati.
Kecuaian sendiri pasti membawa padah!
Tapi harus diingat! Kecuaian orang lain juga boleh menjadi faktor ke arah itu.
Jadi, berhati2 la dengan pemandu2 lain...
Bagi yang memandu pulang bersama keluarga, pekalah pada keadaan sekeliling & pemandu2 lain di atas jalan raya.
Yang penting, saling bertolak ansur & mematuhi peraturan yg telah ditetapkan!
Jangan GOPOH!

Hari raya hari untuk dirai...
BUKAN...
Hari untuk diratapi...

Sekian... Pesanan buat mengingati diri sendiri! AKu & suami juga akan pulang ke kampung halaman pada 8/9/2010. Doakan keselamatan kami!

2 ulasan:

MarkLe berkata...

adakah ini pengetua pendy hok mu maksudkan tu?!hahahah

Unna Adnan berkata...

Buke..pengetua hok aku oyak ko mu tu kena tukar dh...hahaha..ni hok lain dh...