Isnin, 7 Disember 2009

Masya Allah...

KERETA jenis Ford Laser hilang kawalan dan terjatuh menerusi bumbung serta terbalik menghempap tiga pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill di celah eskalator tingkat bawah pusat beli-belah, KB Mall.

PEMANDU kereta, Nor Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat.


SEORANG mangsa yang parah diusung, sementara rakannya, Siti Nor Amira mati di tempat kejadian.

Masya Allah... Mula2 dapat tau berita ni dari kawan aku si jaja yg sengal tu gelabah jugakla aku almaklumla tragedi tu berlaku kat tmpt kelahiran aku sndr. Risau gak kalau2 ade saudara-mara or kenalan aku yang menjadi salah sorang dari mangsa2 yang terbabit. Tp Alhamdulillah xde saudara aku yg terbabit dlm kemalangan tu. Walau apepun moga keluarga adik Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, adik Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat dan adik Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu tabah menghadapi dugaan ni. Kesemua mangsa menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu.

Dunia skunk macam2 hal kan? Jangan ingat apabila kita berada di tempat yang dirasakan jauh dari bahaya itu adalah merupakan tempat yang paling selamat. Malang tak berbau..jd ape saja boleh berlaku. Betul la orang kata kalau dah sampai ajal tu kat mana2 pun jadi. Bila dh sampai janji Allah necaya ia tidak akan terlewat walaupun sesaat. Jadi sebagai peringatan untuk diri aku sendiri & sahabat aku sekaliannye, sentiasala bersedia dengan sebarang kemungkinan. Persiapkanla diri seadanya untuk bekalan kita ke destinasi abadi. Semoga masih ada ruang buat kita semua utk berada di kalangan hambaNya yang dikasihi.Amin..

Bukan nak bertazkirah tp cuma mengambil ruang & kesempatan untuk muhasabah diri. Alang2 ada blog xsalah aku kongsi dengan kawan2 kan? (',')

Tiada ulasan: