Astaghfirullahhal' azim.. nauzibilla himin zalik
Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.
Di sini aku cuba berkongsi ilmu & pengetahuan yg aku perolehi melalui emel yg diforwardkan kepada aku. Lepas baca msg ni, aku sendiri terkejut tgk suasana tnah perkuburan Islam kat Singapore, lain sangat ngan suasana tanah perkuburan Islam kat kampung aku yg hanya terpacak 2 batu nesan jew, xtaula kat tmpt kowang camne.. Lain sangat2... Tp tula,zaman skunk ni, klu perati betul2 kubur pun orang nak buat bg cantik2 kan? Padahal Penghulu kita Nabi Muhammad saw sndr dh tggal kan hadith utk dijadikan panduan. Pelik tp benar.. Tula realiti dunia sekarang.. Ambil masa dan renugn2kan la ek?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan