Selasa, 1 Disember 2009

Epilog sehari b4 & after rayer...(~_~)

Arini aku dh slmt sampai opis, Alhamdulillah.. Setelah cuti raya yg agak panjang arini aku dh memulakan tugas cam biasala. Nek bus mlm td, lbh kurang pkul 4.30 sampai kat terminal bus Butterworth. Seronok sangat dpt balik beraya nga famili kat kampung. Kumpul ramai2, meriah sangat2..

Tp banyak perkara berlaku di luar jangkaan aku raya kali ni, masa ondw dlm bus mlm rabu lepas, lbh kurang pkul 9.00 mlm cenggitu, pendy inform aku yg mak dia masuk ward sbb strock attack. Seday sangat sbb aku memang rapat ngan mak dia, dh anggap cam mak sendiri. Lagi mengharukan aku bile pendy call aku around 3.00am, dia cakap mak dia ngah tenat, masa tu Tuhan je tahu perasaan aku, klu boleh nak jew aku terbang p Hospital Pakar Perdana, nak nengok bakal mak mertua aku tu. Sumer adik beradik dia berkumpul & baca Yassin. Aku masa tu hanya mampu berdoa moga2 sumernye selamat.

Sampai umah lebih kurang pkul 4.30 pg, hajat ati nak p tgk mak dia kat HPP tp aku xde transport nk g sana. Xkan nak menyusahkan ayah aku plak, dia sendiri pun xbrapa pulih lg dari sakit pinggang. So aku terpaksala tunggu hingga hari dh cerah utk pendy dtg pick up aku. Seriously masa tu raser nyesal ngat xbalik ngan keta. Susah nak gerak sana sini, sumer terpaksa bergantung dengan orang lain.

Tengah hari tu baru aku gerak ke HPP, g tengok mak dia, Alhamdulillah around 3.30pm mak dia dh leh discharge. Cian ngat tengok mak dia, xde tenaga..nampak lemah jew.. Doc dah buat ultra sound & MRI kat mak dia, n we are being informed that ade darah beku kat dlm kepala n mak dia disahkan kena separa strock on the right side's body. Maha Suci Allah, besar dugaan buat diorang sempena raya aidiladha tahun ni. Tp aku suka tengok diorang adik beradik (bukan memuji sbb dia bakal suami aku tp honestly aku suka tengok cara diorang adik beradik jaga mak bapak diorang).. Masing2 tau tanggungjawab masing2, sbb ade some peoples around me juz ignored their parents. They do not even care either their parents are living in a good condition of healthy life instead of the parents themselves are care bout their children.

Petang tu aku g rumah pendy, tolong tengok2 mak dia. Her right side's body is weak & langsung xboleh angkat. Nak ke bilik air kena papah, nak makan kena suap etc. Tp semua anak menantu memang sangat membantu. I love to see this family. Sangat caring & full of love, bukan nak memuji tp tu reality. Xtau la aku ni mampu ke x nak jd cam diorang. Aku harap ape yang aku lihat tu boleh aku jadikan contoh n teladan utk aku membimbing adik2 aku plak utk jaga umi & ayah bile sampai masanya nnt. Insya allah...

Around 6pm aku gerak balik umah, sian kat umi wat keje sowang2..Anis pun lum sampai lagi coz dia balik bus malam nnt. Sampai umah malam tu aku tolong umi ape yang patut utk sambutan raya esok. Persiapan utk raya haji xdelah semeriah raya puasa, xde ape sangat yg nak dibuat. Insteaf of Aidilfitri Eids, hari raya haji ni kemeriahan dirasa bukan pd persiapan sblm raya tp persiapan di pagi raya n afterwards sbb sangat bz ngan kenduri makan2 daging..hehehe...

So di pagi raya aku bangun awal skit dr biasa n msak bihun goreng singapore jew.. Semalam xsempat nak beli pape utk menu pg raya, so aku masak sesimple yg mungkin jew sbb on raya kedua umah aku wt kenduri arwah plak. Xmoo kerah tenaga byk2 takut nnt kekurangan tenaga on that day (poyo je)..wakaka.. Pagi raya aku dpt call dr fendy, keadaan mak dia dh makin ok. So aku arap plan kitorang utk event esok (raya kedua) berjalan lancar.

Ni masuk cite len plak pasal ari raya korban, famili aku ambik 2bahagian utk korban tahun ni,so bagi kat umi n ayah aku yang niat korban. Nak dijadikan cite, ayah aku punyela semangat nak g korban, awai2 lg dia h bersiap nak g lapah lembu kt tempat sembelihan tu. Aku plak awai2 lg pesan "Ayah xpayahla duk mencangkung lapah daging lembu tu nnt, bia paih & apih jew yg buat, bg yg muda2 plak blajo. Ayah tu dhla baru lega dr sakit pinggang".

Nak tau ape jd??? Adik2 aku balik tgh hari tu tanpa ayah aku sbb ayah aku ngah tido umah m.sedara aku sbb sakit pinggang kena pusing ngan lembu pg raya tu. Ya ampun ayah ku sayang.. rupa2 nya lembu yg nk dikorbankan pg raya tu amuk, xmoo disembelih.. Jenuh la kaum2 adam kat tmpt sembelihan tu mengerah tenaga nak rebahkan lembu tu tp alih2 dia asek berjaya bangun smula jew. Yang ayah aku ni plak rajin sangat, duk jaga bahagian belakang (ekor) lembu, tengok2 ngan dia2 skali kena pusing ngan lembu sampai terguling2..Sian kat ayah..Xpasal2 sakit balik pinggang tu...Ayah..Ayah..Semoga kembali sembuh as soon as possible k?

Tiada ulasan: